SD2:REKOD DUNIA........

SD2:REKOD DUNIA........
SD2:REKOD DUNIA........

Sunday 2 September 2012

SD2-LARANGAN

Ubat-ubatan Yang Mengganggu Penurunan Berat Badan
Jika anda mengambil SD2 ataupun apa sahaja jenis diet yang anda lakukan, dan masih mengalami masalah untuk menurunkan berat badan; maka jangan lupa melihat bahan-bahan yang terkandung didalam ubat-ubatan yang anda ambil.
Diantara ubat-ubat yang perlu anda perhatikan adalah:-
  1. Antidepressants, terutamanya didalam kategori SSRI (selective serotonin reuptake inhibitors). SSRI mempunyai kesan sampingan yang akan mengakibatkan susah tidur, anxiety, gemuruh, pening kepala dan ketagih karbohidrat. Banyak ubatan yang telah lama dipakai untuk rawatan psycothropic (tricyclic antidepressants) juga menyebabkan kenaikan berat badan.
  2. Estrogen dan juga kebanyakan HRTs (hormone replacement therapies) termasuk ubat perancang kehamilan akan mengakibat kenaikan berat badan dan menghalang penurunan berat badan. Kebanyakan hormone yang diambil akan mengkibatkan penguasaan estrogen didalam badan dan menghalang insulin serta mengganggu penurunan berat badan. 
  3. Ubat untuk penyakit darah tinggi.Terutamanya diuretics yang juga dikenali sebagai beta-blockers, yang menyebabkan penghalang kepada penurunan berat badan. Apabila berat badan anda turun, selalunya tekanan darah akan menjadi lebih baik dan doktor anda perlu mengurangkan ubat penyakit darah tinggi supaya tidak over-dose.
Berhubunglah dengan doktor anda untuk mencari alternatif kepada ubat-ubatan diatas termasuk juga steroids, NSAIDs dan statins yang juga boleh menghalang penurunan berat badan anda ketika berdiet. ANDA TIDAK DIMINTA UNTUK BERHENTI  ATAU MENGURANGKAN UBAT-UBATAN TERSEBUT MELAINKAN SETELAH MENDAPAT NASIHAT DOKTOR 
 ANDA.

Berhati hati Dengan Makanan Yang Mengandungi Nitrates

Nitrates atau nitrites adalah bahan campuran tambahan kepada daging (seperti bacon atau ham yang dirawat) dan juga ikan salai untuk mengekalkan warna yang menarik dan menghalang pertumbuhan kuman dan racun didalam makanan tersebut.
Walaupun bahan kima tersebut bukanlan karsinogen (penggalak pertumbuhan kanser), tetapi ianya akan menghasilkan bahan sampingan seperti nitrosamines, yang mengakibatkan kadar pertumbuhan kanser yang tinggi terutamanya kolon dan gastrik kanser pada haiwan.
Oleh sebab itu,adalah langkah yang bijak jika kita mengurangkan atau tidak mengambil terus makanan yang mengandungi nitrates atau nitrites. Carilah makanan yang bebas nitrates yang selalunya terdapat di kedai makanan semulajadi dan kadang-kadang terdapat disetengah supermarket.



Kenapa memakan buah-buahan TIDAK dibenarkan ketika menjalani program diet SD2

Terdapat beberapa pendapat yang berbeza-beza berkenaan dengan konsep memakan buah-buahan semasa melakukan diet SD2. Masih ada yang mengatakan boleh memakan buah-buahan tertentu dan tidak boleh memakan buah-buahan yang lain.
Oleh yang demikian pengamal SD2 sendiri mesti faham kenapa sebenarnya kita tidak digalakkan untuk memakan buah-buahan tersebut. Walaupun kebanyakan buah-buahan adalah didalam kategori karbohidrat yang baik, namun begitu buah-buahan adalah makanan yang mengandungi kandungan gula terbanyak dibandingkan dengan semua jenis makanan yang lain dan ini akan menghalang penurunan berat badan dan pembakaran lemak.
Didalam fasa penurunan berat badan, kabohidrat yang boleh diambil hanyalah diantara 20 – 35 gram sehari untuk badan kita supaya masih boleh membakar lemak dibadan.
Karbohidrat didalam buah-buahan adalah terlalu tinggi untuk tahap yang dibenarkan ini.Mari kita lihat secara secara terperinci kandungan karbohidrat didalam beberapa jenis buah-buahan sebagai contoh:
-Jenis Buah Hidangan Kandungan Karbohidrat (gram)
Apple Hijau 1 (sederhana) 9.1 g
Apple Merah 1 (kecil) 13.1 g
Pisang 1 (keci) 22.9 g
Jambu (Guava) 1 (kecil) 20 g
Oren 1 (kecil) 10.4 g
Belimbing 1 (kecil) 10 g
Durian 1 (ulas) 27.9 g
Rambutan 4 – 5 (biji) 13.9 g
Anggur 8 (biji) 16.3 g
Betik 1 potong (kecil) 7.1 g
Tembikai 1 potong (kecil) 6 g
Avocado 1 (sederhana) 0.5 g
Source: New Image – Rapid Weight Loss Made Easy
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY96J7ZqTi99GKrvfjhSIdJDIU4Qn30MvbdeZif4mOUggezCabnftYjVmouy7rsHrRc12ujgjSa6sKMEuJ0LCShkDHAf8vadzRWhteQcMUaLySefJ-wLdS7xUYZlvLNu8Die6XeDlP-IjT/s1600/nofruit.jpg

Jika anda yakin bahawa buah-buahan yang anda makan tidak melebihi 35 gram sehari seperti memakan buah avocado, maka anda boleh makan buah-buahan tersebut. Jika tidak, adalah lebih selamat jika anda tidak menyentuh buahan-buahan tersebut untuk menjamin bahawa anda masih boleh membakar lemak tersimpan.
Anda harus bertanggungjawab sendiri tentang apa yang anda makan dan tidak hanya mengambil cadangan atau pendapat tertentu tanpa memahami sebabnya yang sebenar.Apabila anda telah faham akan konsep ini maka anda sudah boleh pula mengkaji akan sayur-sayuran dan banyak manakah yang anda boleh makan sehari.
Sila lihat dan fahamkan akan kandungan karbohidrat sayur-sayuran dibawah dan buatlah keputusan anda sendiri daripada maklumat tersebut.
Vegetables (serving size) Carbs (g)
Peas, green, cooked (1 cup) 25g
Peppers, green (1 cup)10g
Pumpkin, cooked, mashed (1 cup)12g
Radishes, raw (1 cup) 4g
Spinach, cooked (1 cup) 7g
Squash, zucchini, cooked (1 cup) 8g
Squash, winter, acorn, cooked (1 cup) 30g
Succotash, cooked (1 cup) 47g
Sweet potato, baked w/skin (large) 44g
Tomatoes, raw (1 cup) 8g
Turnip, cooked, mashed (1 cup) 11g


Adakah kita boleh memakan Oat semasa melakukan diet SD2

Ada bebepara pertanyaan yang saya terima mengenai pemakanan oat semasa melakukan program diet SD2.
Oat (Avena sativa) merupakan sejenis spesies bijiran, dan biji benih tumbuhan ini. Ia digunakan bagi makanan manusia, dan juga sebagai makanan bagi haiwan, terutamanya ternakan ayam dan kuda.
Pengambilannya dipercayai mengurangkan LDL kolesterol (“buruk”), dan berkemungkinan mengurangkan risiko penyakit jantung. Oat juga merupakan bijiran selamat bagi pengidap penyakit celiac (alahan gluten).
Selepas lapuran mengenai bahawa oat mampu membantu mengurangkan kolesterol keluar, “kegilaan bijirin oat” melanda U.S. pada akhir 1980-an dan memuncak pada 1989.Popular oatmeal dan keluaran oat lain sekali lagi meningkat selepas keputusan Food and Drug Administration pada Januari 1997 bahawa kebanyakan (oat bran) atau (rolled oats) boleh meletakkan label yang mendakwa bahawa ia mungkin mengurangkan risiko penyakit jantung, apbila digabung dengan diet kurang lemak.
Walaupun menurut lapuran mengatakan oat adalah satu makanan yang baik, mari kita lihat kandungan nutrisi pemakanan oat:
Oat Nutritional value per 100g (3.5oz)
Energy 1,628kJ (389kcal)
Carbohydrates 66 g
Dietary fiber 11 g
Fat 7 g
Protein 17 g
Pantothenic acid(B5) 1.3 mg (26%)
Folate(Vit. B9) 56 μg (14%)
Iron 5 mg (40%)
Magnesium 177 mg (48%)
β-glucan (soluble fiber) 4 g
Percentages are relative to USrecommendationsfor adults.
Source:USDA Nutrient database
Kandungan karbohidrat didalam setiap hidangan 100 g Oat adalah 66g. Ini adalah terlalu tinggi dan melebihi had 35g karbohidrat sehari untuk pengamal diet SD2. Cukup dengan memakan 50g Oat sahaja akan menyebabkan badan kita tidak lagi membakar lemak tersimpan dan mengambil tenaga & gula dari oat yang kita makan tadi.
Berhenti lah makan oat sementara diet SD2 sekiranya anda ingin cepat menurunkan berat badan.

Sekiranya anda belum berjaya, cubalah SD2


Larangan kepada orang yang ingin mengamalkan SD2


PERHATIAN!!
* Ibu yang hamil tidak seharusnya menyertai apa-apa bahagian dalam program penurunan berat badan ANDA DINASIHATI UNTUK MENGAMALKAN ALPHA LIPID LIFELINE
* Kepada kesemua pengidap Diabetes Mellitus (IDDM) yang bergantung kepada insulin, adalah perlu pengawasan doktor ketika anda menyertai program ini.
* Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika anda mengambil atau amalkan ubatan tertentu.

No comments:

Post a Comment